BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

..... 。❤。❤。❤。❤。❤。❤。❤。 .....

.: TuAn RuMaH :.

My photo
Tetap utuh berdiri walau badai mendatang, segar dan teguh mempertahankan kesucian bak sekuntum nailofar yang mekar bekembang...^^
.:: "Wahai Anak Muda, Jika Engkau Tidak Sanggup Menahan Lelahnya Belajar, Engkau Harus Menanggung Pahitnya Kebodohan" -Pythagoras- ::.

Friday, October 15, 2010

Seni Ukir : LaBu SaYonG


Kraftangan yang cantik dan unik....
Labu Sayong merupakan sejenis kraftangan tembikar yang berasal daripada Sayong, Kuala Kangsar, Perak. Tetapi kini, bengkel perusahaan Labu Sayong berada di sekitar Sayong dan Padang Rengas, Kuala Kangsar. Pasarannya kini telah meluas di sekitar negeri Perak dan terdapat juga di kedai-kedai kraftangan di ibu negara yang menjadi tumpuan pelancong dari luar negara.


Pembuatannya melibatkan sumber bahan mentah iaitu sejenis tanah liat khas yang terdapat di kawasan asalnya itu. Kebiasaannya ia berwarna hitam dan coklat dan dijadikan sebagai bekas menyimpan air. Warisan turun temurun ini sememangnya unik dan cantik, malah ia membuatkan kraftangan tembikar ini mendapat tempat di hati masyarakat kini yang mementingkan nilai-nilai tradisional.

Produk seramik ini kini telah di modenkan dan dijadikan sebagai cenderahati, barangan hiasan, lampu hiasan dan sebagainya.

Labu Sayong dijadikan cenderahati.





Labu Sayong dijadikan sebagai Perhiasan




Labu Sayong Sebagai Hiasan Laman 
      




Labu Sayong sebagai Bunga Telur

Labu Sayong sebagai Lampu


0 comments: