BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

..... 。❤。❤。❤。❤。❤。❤。❤。 .....

.: TuAn RuMaH :.

My photo
Tetap utuh berdiri walau badai mendatang, segar dan teguh mempertahankan kesucian bak sekuntum nailofar yang mekar bekembang...^^
.:: "Wahai Anak Muda, Jika Engkau Tidak Sanggup Menahan Lelahnya Belajar, Engkau Harus Menanggung Pahitnya Kebodohan" -Pythagoras- ::.

Friday, October 22, 2010

3 Artikel Seni

TUGASAN 2 : 
SILA DAPATKAN 3 ARTIKEL BERKAITAN SENI DAN PASTIKAN PENULIS ARTIKEL ITU MENGETAHUI DAN MEMBENARKAN ANDA MENGAMBIL ARTIKEL MEREKA. 


Akuan Kebenaran Mengambil Artikel 





Artikel 1 : 
Di ambil daripada http://senivisual2.blogspot.com/2009/09/pentingnya-warna.html yang di tulis oleh En. Hassan Mohd Ghazali. 



Thursday, September 10, 2009

Pentingnya Warna......


Entah mengapa saya merasakan satu elemen penting dalam penghasilan seni visual adalah elemen warna. Ramai pengkarya amatur tidak dapat menghayati penggunaan warna dengan baik. Malah, setelah mempelajari warna sejak dibangku sekolah rendah lagi. Mengapa saya katakan begitu?. Pada saya pembelajaran warna disekolah hanya sekitar pada pengenalan warna sahaja. Guru mengajar asas warna melalui aktiviti roda warna, kemudian warna sekunder, tertiar, ton, sewarna dan seterusnya. Guru jarang sekali mengaplikasikan warna secara psikologi, emosi dan persepsi.

Sebelum saya menghuraikan lebih panjang tentang penggunaan warna telebih dahulu saya ambil pengertian warna: Warna ialah sifat cahaya yang ditentukan oleh panjang gelombang (atau oleh kandungannya sebagai paduan untuk beberapa panjang gelombang). Julat panjang gelombang nampak untuk cahaya dikenali sebagai spektrum nampak , atau dengan mudah sahaja sebagai spektrum. Istilah warna boleh juga merujuk kepada sifat objek-objek atau bahan-bahan yang ditentukan oleh jenis panjang gelombang yang dipantul, dihantar, atau dipancar. Biasanya, hanya ciri-ciri kandungan cahaya yang dapat dikesan oleh manusia diambil kira dan oleh itu, warna juga boleh dianggap sebagai satu fenomena psikologi. Pengolahan berbagai-bagai kegunaan istilah ini merupakan tugas utama falsafah semasa.Sejarah penggunaan warna diketahui sejak 1550 SM di Mesir, dimana penggunaan warna adalah bagi tujuan terapi. Bertolak dari situ penggunaan warna buka sahaja digunakan untuk menghasilkan sesebuah karya dan reka bentuk, malah digunakan sebagai perubatan dan terapi.

Pada masa ini warna mempunyai potensi dalam kehidupan harian, kita perlukan berpakaian dengan pemilihan warna yang sesuai, dirumah memilih perabot dan hiasan berkehendakkan warna yang senang dipandang, membeli kereta memilih reka bentuk dan warna yang menarik. Pendik kata segalanya kita akan menumpukan pada warna.

Dalam kehidupan kita seharian warna mempunyai peranan yang sangat penting iaitu:
1. Warna sebagai warna
2. Warna sebagai representasi alam
3. Warna sebagai tanda/makna/lambang/simbol.

1. Warna sebagai warna memberi maksud bahawa penglihatan warna pada sesuatu yang dijadikan oleh Allah itu adalah seadanya. Warna daun Hijau, warna langit biru, warna awan putih.

2. Warna sebagai represtasi alam bermaskud penggunaan warna dikaitkan dengan alam sekitar. Misalnya warna hijau dikaitkan dengan kesuburan tumbuh-tumbuhan seperti daun, rumput dan pokok. Warna Biru dikaitkan dengan keluasan dan kejauhan seperi langit, gunung-ganang. Kebiasaan pengkarya naturalis dan realis menggunakan idea ini.

3. Warna sebagai tanda/makna/lambang/ simbol menjurus pada makna dan konsep warna tersebut. Dalam warna dan budaya masyarakat Melayu banyak tanda-tanda warna antara kuning langsat, kelabu tahi anjing dan sebagainya. warna juga dikaitkan dengan makna atau simbol tertentu misalnya:
warna merah: marah, ghairah, darah, berani, cinta yang membara
warna Putih: suci, tidak berdosa, setia, alim
warna Kuning: kecewa, pengecut, sakit hati, duka, mistri
warna Biru: keceahan, perpaduan, keagungan, keriangan
warna Hijau: kesuburan, kedamaian, kerukunan, cemburu, sejuk
warna Hitam: Kematian, kecewa, kegelaapan dan lain-lain

Secara umumnya peranan warna dalam pengkaryaan seni visual sangat penting dititik beratkan. selain perkara yang dibincangkan paling penting mengetahui tentang teori warna dan psikologi warna.


Artikel 2 :  
Diambil daripada http://senivisual2.blogspot.com/2009/09/akademik-seni-awal-di-malaysia.html juga ditulis oleh En. Hassan Mohd Ghazali. 



Tuesday, September 8, 2009


Akademik Seni Awal di Malaysia



















Ramai di antara kita tidak mengetahui bahawa negara kita telah lama ada Akademi Seni iaitu sejak 1879. Akedemi seni yang dimaksudkan ialah Akademi Seni Tengku Temenggung di Kelantan. Pendedahan wujudnya akademik seni ini dibuat oleh Allahyarham Abdullah Mohamed  atau terkenal dengan panggilan NAKULA. Beliau telah membuat kajian dan temuramah dengan tokoh-tokoh kesenian Kelantan. Kajian beliau sangat menarik, kerana data dan maklumat melalui individu-individu tertentu cukup dengan tahun dan orang yang ditemuramah.

Negeri Kelantan memang terkenal dengan kesenian tradisi dan masih kekal dan mempunyai identiti tersendiri. Antaranya ialah Makyong, Wayang Kulit, Dikir Barat, Pencak silat, Rebana Besar dan Tarian Asyik, Batik, Ukiran kayu dan tenunan.

Tidak mustahil Kelantan mempunyai akademik seni sejak sekian lama, kerana kesenian masih utuh hingga sekarang. Ini membuktikan bahawa kebudayaannya masih dijaga dan mempunayi warisan. Paling penting ialah segala warisan ini dikawal oleh Istana. 

Abdullah mengambarkan kedudukan akademik seni dan menyatakan, Kawasan Kota Bharu, Kelantan pada masa dahulu terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Tengah, Hilir dan Hulu. Kawasan Hilir Kota Bahru terletaknya kawasan tempat menjalankan aktiviti kebudayaan, antaranya di Kampung Kubang Pasu, Atas Bonggol dan Tok semian. Sementara itu Kubang Pasu terletak satu kawasan perumahan seluas 2 ekar dikelilingi dalam bentuk empat segi oleh pagar dari zink setinggi 6 kaki yang diperkuatkan tiang-tiang kayu. Di dalamnya terletak sebuah istana putera raja di sebelah utaranya terdapat bangsal pentas makyong, satu bangsal wayang kulit, bangsal rebana besar dan satu gelanggang pencak silat. Disebelah selatan istana pula terdapat deretan asrama tempat pelajar akademik seni. tempat ini dinamakan oleh Abdullah sebagai "Kawasan Akademik Seni Tengku Temenggong".

Kurikulum atau 'mata pelajaran' di akademik seni itu ialah:
1. Pelajaran agama
2. Pelajaran Seni Budaya.

Antara pelajaran agama ialah:
1. Ilmu Tauhid menggunakan kitab "Faridatul-Faraid fi Ilmil-Aqaid"Teks wajib
2. Ilmu Hakikkat menggunakan kitab "Kitab Soghir"
3. Fikah tiada teks wajib
4. Ilmu Al-Quran bersama tajwid.
5 Ilmu bacaan Berzanji bersama Qasidah menggunakan kitab "Al-Barzanji" teks wajib.

Pelajaran Seni Budaya ialah:
1. Wayang Kulit
2. Makyong
3. Pencak silat
4. Rebana Besar
5. Tarian Asyik

Akdemik Seni adalah dibawah pengurusan Tengku Temenggung (sebagai rektor), dilantik dikalang orang yang kuat beribadat. Menurut Abdullah, " Pada tiap-tiap kali selepas sembahyang magrib Tengku Temenggung berzikir dan berwirit sampai waktu Isyak. Bila tamat sembanhyang Isyak dan bacaan zikir dan wirit, baginda berkahak tiga kali signal bagi para pelajar bahawa bunyi-bunyian gamelan dapat dimulakan. Kalau menurut ujuran jam, kahak-kahaknya terjadi antara jam 8.30 dan 8.45 malam". 

Pada malam Jumaat diharamkan sama sekali membunyikan apa-apa bunyian. Cuti akdemik belaku pada bulan Ramadhan iaitu mulai malam Nisfu atau 15 Syaaban dan berlanjutan hingga malam 8 Syawal, lebih kurang 2 bulan.


Artikel 3 :
Diambil daripada http://senivisual2.blogspot.com/2009/09/seni-visual-pada-pandangan-islam.html  Artikel ini juga turut ditulis oleh En. Hassan Mohd Ghazali. 


Friday, September 4, 2009


Seni Visual pada pandangan Islam


Dalam perbincangan yang lepas saya telah melontarkan hukum melukis dalam Islam menurut pandangan Syekh Yusuf Qardhawi. Saya terus membaca beberapa buku yang berkaitan dengan seni atau kesenian dalam Islam (Seni Visual dalam Islam), Antara buku yang saya baca bertajuk 'Islamic art' Karya David Talbot, ' Aspek-aspek Kesenian Islam' oleh sahabat saya Dr. Ahmad Suhaimi Mohd Nor & Manja Mohd Ludin, 'Pandangan Islam Tentang Kesenian' oleh Dr. Sidi Ghazalba dan 'Falsafah Kesusasteraan dan Seni Halus' Oleh Syed Hussein Nasr.  Sebenarnya buku-buku ini pernah saya baca dulu, kali ini saya hanya merujuk beberapa fakta berkaitan seni visual dalam Islam.

Secara umumnya beberapa hukum fekah Islam tidak menyebut tentang kesenian. Malah banyak ulamak terdahulu tidak menyebut tentang kepentingan kesenian dalam Islam. Kerana dalam Islam tidak memerlukan seni dalam manifestasi kepada ibadah. Ringkasnya dalam ibadah tidak perlu ada lukisan, tarian atau muzik. Penghuraian tetang seni hanya tercetus apabila beberapa tokoh Islam melihat terdapatnya nilai-nilai keindahan dalam seni bina, tulisan khat dan arabes. Malah beberapa tokoh Islam pernah melemparkan polimik tentang 'Seni Islam atau Seni orang Islam?'......

Persoalannya apakah padangan Islam terhadap seni terutamanya Seni Visual seperti Catan, Arca, cetakan dan grafik?. 

Saya tertarik pandangan Sidi Ghazalba yang menyatakan bahawa Seni adalah bekaitan dengan kebudayaan, oleh itu perkaitan kebudayaan adalah kehidupan manusia, maka kebudayaan itu mencetuskan seni. Oleh yang demikian untuk dikaitkan dengan seni, Sidi menyatakan bahawa Kebudayaan Islam perlu disuburkan melalui cita rasa taqwa Taqwa ialah sikap hidup yang dibentuk melalui aqidah, ibadat dengan panduan dari Al Quran dan Hadis. Menurutnya lagi setiap perbuatan muslim perlu berpangkalkan kerana agama (kerana Allah), sementara kebudayaan adalah untuk sesama manusia.

Kenyataan di atas dipersetujui oleh Dr. Ahmad Suhaimi dalam buku Aspek-aspek Kesenian Islam yang mana mennyatakan Seni adalah sebahagian daripada unit yang terkandung dalam lingkungan budaya. Kewujudannya merupakan artifak-artifak fizikal yang menjelma di permukaaan benda-benda yang lembut dan pepejal menjelaskan dengan nyata tidak pernah menafikan kewujudannya dalam kegiatan umat. 

Jelas sekali bahawa kesenian dalam Islam ada hubungannya dengan kebudayaan, lantaran itu pelukis menghasilkan karya seni perlu merujuk kepada tujuan penghasilan iaitu pengabdian kepada pencipta (Allah) sebagaimana yang dinyatakan oleh Ernst Diez: " sebenarnya seni Islam atau Kesenian Islam adalah merupakan kesenian yang menambahkan pengabdian diri kepada Allah".

Riwayat Hadis Muslim, "Allah itu indah dan sukakan akan keindahan", merupa pengangan kuat kepada para seniman yang menyatakan bahawa Islam boleh berganjak untuk menghasilkan pengolahan karya seni, kerana karya-karya seni adalah melahirkan nilai indah. sebenarnya, keindahan yang dimaksudkan lebih kepada keindahan batiniah yang terkandung dalam jiwa manusia. Manakala keindahan itu adalah manifestasi kepada salah satu sifat-sifatNya (Allah), memiliki bermakna menghargai dan mencintai sifat-sifat Allah. Umapanya seperti dinyatakan oleh Al-Ghazali bahawa keindahan pada seni bina Islam adalah memancarkan keharmonian jiwa seniman itu sebagai lambang kemurnian akhlak dan ilmu terhadap Allah SWT.

Menurut S.H.Nasr, Kesenian Islam tidak pernah menjadi satu peringkat penyataan masalah atau pengalaman psikologi individu. Seseorang seniman Muslim, dengan Islamnya diri maka dengan menyerah kepada peraturan dan undang-undang Tuhan. Bagi fikiran muslim, seni memperingkatkan manusia akan Tuhannya.

S.H. Nasr mengemukakan bahawa seni Eropah dan seni Islam berlainan sama sekali. Seni Eropah yang berpaksikan daripada zaman Greek dan Yunani lebih berfokus kepada karya-karya figuratif dan 'imej bebayang'. Berbanding karya seni Islam tidak menampakan persoalan lebih mementingkan pengabdian kepada Allah dengan menonjolkan kaligrafi khat membicarakan ayat-ayat Allah, melukis arabes di masjid-masjid agar manusia beribadah akan merasa tenang.

Seperti diperjelaskan oleh Dr. Ismail Hamid, Seni dalam Islam menanamkan rasa khusyuk kerana Allah disamping memberi ketenangan di jiwa manusia sebagai makluk Allah yang diciptakan dengan fitrah yang gemar kepada kesenian, oleh itu seni dalam Islam tidak berslogan seni untuk seni, tetapi seni kerana Allah untuk manusia. 




TERIMA KASIH EN. HASSAN MOHD GHAZALI  : )




Penulis merupakan seorang Pensyarah Kanan di Fakulti Seni Komputeran dan Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim, Perak.


0 comments: