BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

..... 。❤。❤。❤。❤。❤。❤。❤。 .....

.: TuAn RuMaH :.

My photo
Tetap utuh berdiri walau badai mendatang, segar dan teguh mempertahankan kesucian bak sekuntum nailofar yang mekar bekembang...^^
.:: "Wahai Anak Muda, Jika Engkau Tidak Sanggup Menahan Lelahnya Belajar, Engkau Harus Menanggung Pahitnya Kebodohan" -Pythagoras- ::.

Saturday, October 30, 2010

~Dedikasi Buat Dr. Roskang~

Assalamualaikum

"Hak Guru lebih agung dari hak ibubapa, sebab ibubapa penyebab adanya kita sekarang dan kehidupan yang fana, sementara guru penyebab hidup yang kekal, kalaulah tidak ada guru nescaya apa yang dihasilkan dan diarahkan oleh ibubapa akan celaka selamanya."
(Imam Al-Ghazali)


GURU OH GURU
Karya : Usman Awang 

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi....

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.


Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.



Buat tatapan dan penelitian
Dr. Roskang Jailani

Terima Kasih Dr kerana tidak memberi tekanan
kepada kami sekelas...
Dr. best la..^^


Friday, October 29, 2010

Seni Bina Islam : Masjid Besi

            Seni merangkumi semua aktiviti dan hasil karya manusia yang indah dan berseni bagi semua kaum di seluruh pelusuk dunia. Seni sukar ditakrifkan dan terlalu sukar dinilaikan, maka seni adalah proses dan hasil pemilihan medium, set aturan untuk penggunaan medium tersebut dan set nilai yang menentukan apa yang berhak digambarkan agar ia dapat menyampaikan sesuatu perasaan, idea, kepercayaan dan rasa yang lain dengan berkesan. Dari segi makna literal, seni ialah sesuatu yang halus, indah dan permai. Dari segi istilah pula, seni ialah segala yang halus dan indah lagi menyenangkan hati dan perasaan manusia. Jadi, seni adalah sesuatu yang halus, indah, baik lagi suci serta bermanfaat dan mempunyai fungsi dan niali sosial. Kesenian atau seni boleh dibahagi kepada 4 bahagian iaitu ; seni suara, seni gerak, seni rupa dan permainan tradisional. Seni bina temasuk dalam golongan seni rupa dan seni bina Islam merupakan cabang kepada seni bina itu. Kesenian merupakan tunjang masyarakat melayu sejak turun temurun kerana dengan adanya kesenian ini identiti masyarakat melayu akan lebih terserlah dan dikenali umum.
Ukiran Khat di dinding Masjid
            Apabila sesuatu perkara itu dilakukan dengan sempurna ia juga dianggap seni. Contohnya seperti kejayaan di bidang kejuruteraan yang telah berjaya membina Jambatan Golden Gate, Menara Eiffel, Taj Mahal, Pejabat Perdana Menteri Putrajaya dan sebagainya. Kesemua hasil kejuruteraan ini juga dianggap sebagai seni kerana keunikan bangunannya dan keseniaan yang terdapat pada seni binanya.
Keunikan dan keasyikan seni bina itu mampu menarik perhatian masyarakat umum dan mengaguminya. Seni Bina Islam telah ditonjolkan sepanjang perkembangan sejarah Islam. Prinsip jenis dan gaya Seni Bina Islam dapat kita lihat seperti seni bina masjid, kubur, istana dan kota. Dari empat jenis ini, gaya seni bina islam telah dikembangkan dan digunakan untuk bangunan-bangunan awam yang lain seperti pancuran air, mahkamah dan pusat pentadbiran kerajaan.  Gaya Seni Bina Islam telah mula berkembang selepas kewafatan Baginda Rasulullah saw. Seni Bina Islam telah dikembangkan daripada model Seni Bina Rom, Mesir, Parsi dan Byzantine.
Seni Bina Islam jelas dapat dilihat melalui pembinaan masjid-masjid seluruh dunia samada masjid di Malaysia mahupun luar negara. Seni Bina masjid-masjid luar seperti Masjid Agung Samarra di Iraq, Masjid Shehzade, Masjid Suleiman dan Masjid Rustem Pasha merupakan mercu tanda keagungan Seni Bina Islam yang diwarisi sejak dahulu lagi. Jika di Malaysia, dapat dilihat keindahan dan keunikan seni bina Masjid Ubudiah, Masjid Putrajaya dan yang terbaru adalah Masjid Sultan Zainal Abidin. 
Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar, Perak
Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin, Putrajaya
Tinjauan mengenai sejarah Seni Bina Islam mendapati bahawa eleman air menjadi ciri utama landskap dan ia merupakan Seni Bina yang menjadi simbolik pada sungai di syurga yang telah dijanjikan oleh Allah swt kepada hamba Nya yang beriman. Hal ini telah dinyatakan dalam Surah Al-Baqarah ayat 25 yang bermaksud “Dan berilah khabar gembira kepada orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu.......”. Maka tidak hairanlah jika kita melihat Seni Bina Masjid Sultan Zainal Abidin Putrajaya atau ia juga dikenali sebagai Masjid Besi, langsung tidak terdapat penghawa dingin dan kipas di bahagian ruang solat utama. Namun begitu, jemaah yang bersolat di ruangan itu tidak akan berasa panas. Hal ini kerana terdapatnya angin sejuk yang dihasilkan  melalui dinding yang mempunyai saliran air daripada air kolam bertingkat mengelilingi bangunan itu. Saliran itu menembusi dinding telus cahaya dan penggunaan teknologi gas penyejukan udara (Gas District Cooling – GDC) telah menyamankan suasana di situ. Paras ketinggian siling di ruangan itu juga adalah setinggi 30 meter dari aras lantai menambahkan lagi suasana kedamaian dan ketenangan yang mengusik jiwa. Begitu juga dengan binaan konkrit kolam bertingkat dilihat ianya seolah-olah kelihatan seperti sebuah pulau dan mini air terjun yang melimpah dan mengalir terus ke dalam Tasik Putrajaya.
Landskap di perkarangan Masjid Besi
Pandangan hadapan Masjid Besi

Pintu Gerbang Masjid Besi
Masjid ini dikenali sebagai Masjid Besi kerana pembinaannya melibatkan kira-kira 6 000 tan keluli dan hampri 70% daripada binaannya adalah terdiri daripada besi keluli manakala selebihnya adalah konkrit batu. Masjid ini menjadi tumpuan penduduk di Putrajaya apabila Masjid Putrajaya tidak dapat menampung jumlah jemaah yang bersolat terutamanya semasa solat jumaat. Lokasinya yang terletak di tengah-tengah kementerian-kementerian kerajaan di Presint 3 Putrajaya membuatkan masjid ini telah dimanfaatkan sepenuhnya sebagai salah satu rumah ibadat yang diimarahkan dengan pelbagai program keagamaan.   
Keindahan Masjid Besi pada waktu malam
Selain itu, keunikan ruang solat yang terdapat di Masjid Besi itu ialah Dinding Mihrab. Pada dinding itu terdapatnya tulisan ayat-ayat suci Al-Qur’an dari surah Al-Baqarah dan surah Ibrahim yang dilakar pada panel kaca yang diimport khas dari Jerman. Panel kaca itu adalah setinggi 13 meter dan ia mampu menarik perhatian kerana tulisan kalimah suci itu seolah-olah seperti terapung di udara. Disediakan juga Kiblat Walk untuk menghubungkan Dataran Putrajaya dengan masjid itu. Kiblat Walk ini dihiasi dengan kolam air seolah-olah berada di kawasan kota istana purba Alhambra. Di laluan Kiblat Walk  ini terdapatnya kaligrafi nama-nama Allah swt di kiri dan kanan dinding ‘Iwan Utama’ dan terdapatnya ukiran indah di ruangan laman ‘sahn’ sebelum sampai ke ruang solat utama. Ukiran ini sebagai lambang menyambut kedatangan jemaah di gerbang konkrit yang di bina menggunakan glass reinforce concrete (GRC). Tujuan penggunaan GRC adalah untuk menjadikan masjid ini kelihatan berwarna putih dari jauh.
Kiblat Walk
Laluan ke dewan solat utama
Masjid ini juga turut menggunakan seni bina jaringan wayar (Architectural Wire Mesh) atau Anyaman Mashrabiah yang diimport khas daripada Jerman dan China. Hiasan dalaman masjid ini dilatari ukiran Asma Ul Husna yang menggunakan tulisan kaligrafi dari jenis Khat Thuluth. Laluan dari pintu utama menuju ke ruang solat utama pula terukir ayat suci Al-qur’an dari surah Al Isra’ ayat ke 80. Bahagian tepi bumbungnya sepanjang 40 kaki pula mampu mengelakkan jemaah yang bersolat di luar dewan solat utama terkena tempias hujan.
Anyaman Mashrabiah
Sememangnya keunikan dan keindahan Seni Bina Islam yang terdapat pada Masjid Besi ini merupakan simbol keagamaan negara kita dan masjid ini juga adalah kebanggaan umat Islam khususnya di Malaysia. Pembinaan masjid ini dan kewujudan masjid ini telah member manfaat yang cukup banyak kepada penduduk sekitar Putrajaya. Hal ini kerana masjid ini sentiasa mengadakan program-program keagamaan yang melibatkan komuniti Putrajaya secara keseluruhannya. Seni Bina Islam yang sangat unik dan cantik terutama sekali bahagian kubahnya telah menjadikan Seni Bina ini sebagai ikutan kepada masyarakat yang sukakan keindahan.      
Pandangan Kubah Masjid Besi dari dalam

Friday, October 22, 2010

3 Artikel Seni

TUGASAN 2 : 
SILA DAPATKAN 3 ARTIKEL BERKAITAN SENI DAN PASTIKAN PENULIS ARTIKEL ITU MENGETAHUI DAN MEMBENARKAN ANDA MENGAMBIL ARTIKEL MEREKA. 


Akuan Kebenaran Mengambil Artikel 





Artikel 1 : 
Di ambil daripada http://senivisual2.blogspot.com/2009/09/pentingnya-warna.html yang di tulis oleh En. Hassan Mohd Ghazali. 



Thursday, September 10, 2009

Pentingnya Warna......


Entah mengapa saya merasakan satu elemen penting dalam penghasilan seni visual adalah elemen warna. Ramai pengkarya amatur tidak dapat menghayati penggunaan warna dengan baik. Malah, setelah mempelajari warna sejak dibangku sekolah rendah lagi. Mengapa saya katakan begitu?. Pada saya pembelajaran warna disekolah hanya sekitar pada pengenalan warna sahaja. Guru mengajar asas warna melalui aktiviti roda warna, kemudian warna sekunder, tertiar, ton, sewarna dan seterusnya. Guru jarang sekali mengaplikasikan warna secara psikologi, emosi dan persepsi.

Sebelum saya menghuraikan lebih panjang tentang penggunaan warna telebih dahulu saya ambil pengertian warna: Warna ialah sifat cahaya yang ditentukan oleh panjang gelombang (atau oleh kandungannya sebagai paduan untuk beberapa panjang gelombang). Julat panjang gelombang nampak untuk cahaya dikenali sebagai spektrum nampak , atau dengan mudah sahaja sebagai spektrum. Istilah warna boleh juga merujuk kepada sifat objek-objek atau bahan-bahan yang ditentukan oleh jenis panjang gelombang yang dipantul, dihantar, atau dipancar. Biasanya, hanya ciri-ciri kandungan cahaya yang dapat dikesan oleh manusia diambil kira dan oleh itu, warna juga boleh dianggap sebagai satu fenomena psikologi. Pengolahan berbagai-bagai kegunaan istilah ini merupakan tugas utama falsafah semasa.Sejarah penggunaan warna diketahui sejak 1550 SM di Mesir, dimana penggunaan warna adalah bagi tujuan terapi. Bertolak dari situ penggunaan warna buka sahaja digunakan untuk menghasilkan sesebuah karya dan reka bentuk, malah digunakan sebagai perubatan dan terapi.

Pada masa ini warna mempunyai potensi dalam kehidupan harian, kita perlukan berpakaian dengan pemilihan warna yang sesuai, dirumah memilih perabot dan hiasan berkehendakkan warna yang senang dipandang, membeli kereta memilih reka bentuk dan warna yang menarik. Pendik kata segalanya kita akan menumpukan pada warna.

Dalam kehidupan kita seharian warna mempunyai peranan yang sangat penting iaitu:
1. Warna sebagai warna
2. Warna sebagai representasi alam
3. Warna sebagai tanda/makna/lambang/simbol.

1. Warna sebagai warna memberi maksud bahawa penglihatan warna pada sesuatu yang dijadikan oleh Allah itu adalah seadanya. Warna daun Hijau, warna langit biru, warna awan putih.

2. Warna sebagai represtasi alam bermaskud penggunaan warna dikaitkan dengan alam sekitar. Misalnya warna hijau dikaitkan dengan kesuburan tumbuh-tumbuhan seperti daun, rumput dan pokok. Warna Biru dikaitkan dengan keluasan dan kejauhan seperi langit, gunung-ganang. Kebiasaan pengkarya naturalis dan realis menggunakan idea ini.

3. Warna sebagai tanda/makna/lambang/ simbol menjurus pada makna dan konsep warna tersebut. Dalam warna dan budaya masyarakat Melayu banyak tanda-tanda warna antara kuning langsat, kelabu tahi anjing dan sebagainya. warna juga dikaitkan dengan makna atau simbol tertentu misalnya:
warna merah: marah, ghairah, darah, berani, cinta yang membara
warna Putih: suci, tidak berdosa, setia, alim
warna Kuning: kecewa, pengecut, sakit hati, duka, mistri
warna Biru: keceahan, perpaduan, keagungan, keriangan
warna Hijau: kesuburan, kedamaian, kerukunan, cemburu, sejuk
warna Hitam: Kematian, kecewa, kegelaapan dan lain-lain

Secara umumnya peranan warna dalam pengkaryaan seni visual sangat penting dititik beratkan. selain perkara yang dibincangkan paling penting mengetahui tentang teori warna dan psikologi warna.


Artikel 2 :  
Diambil daripada http://senivisual2.blogspot.com/2009/09/akademik-seni-awal-di-malaysia.html juga ditulis oleh En. Hassan Mohd Ghazali. 



Tuesday, September 8, 2009


Akademik Seni Awal di Malaysia



















Ramai di antara kita tidak mengetahui bahawa negara kita telah lama ada Akademi Seni iaitu sejak 1879. Akedemi seni yang dimaksudkan ialah Akademi Seni Tengku Temenggung di Kelantan. Pendedahan wujudnya akademik seni ini dibuat oleh Allahyarham Abdullah Mohamed  atau terkenal dengan panggilan NAKULA. Beliau telah membuat kajian dan temuramah dengan tokoh-tokoh kesenian Kelantan. Kajian beliau sangat menarik, kerana data dan maklumat melalui individu-individu tertentu cukup dengan tahun dan orang yang ditemuramah.

Negeri Kelantan memang terkenal dengan kesenian tradisi dan masih kekal dan mempunyai identiti tersendiri. Antaranya ialah Makyong, Wayang Kulit, Dikir Barat, Pencak silat, Rebana Besar dan Tarian Asyik, Batik, Ukiran kayu dan tenunan.

Tidak mustahil Kelantan mempunyai akademik seni sejak sekian lama, kerana kesenian masih utuh hingga sekarang. Ini membuktikan bahawa kebudayaannya masih dijaga dan mempunayi warisan. Paling penting ialah segala warisan ini dikawal oleh Istana. 

Abdullah mengambarkan kedudukan akademik seni dan menyatakan, Kawasan Kota Bharu, Kelantan pada masa dahulu terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Tengah, Hilir dan Hulu. Kawasan Hilir Kota Bahru terletaknya kawasan tempat menjalankan aktiviti kebudayaan, antaranya di Kampung Kubang Pasu, Atas Bonggol dan Tok semian. Sementara itu Kubang Pasu terletak satu kawasan perumahan seluas 2 ekar dikelilingi dalam bentuk empat segi oleh pagar dari zink setinggi 6 kaki yang diperkuatkan tiang-tiang kayu. Di dalamnya terletak sebuah istana putera raja di sebelah utaranya terdapat bangsal pentas makyong, satu bangsal wayang kulit, bangsal rebana besar dan satu gelanggang pencak silat. Disebelah selatan istana pula terdapat deretan asrama tempat pelajar akademik seni. tempat ini dinamakan oleh Abdullah sebagai "Kawasan Akademik Seni Tengku Temenggong".

Kurikulum atau 'mata pelajaran' di akademik seni itu ialah:
1. Pelajaran agama
2. Pelajaran Seni Budaya.

Antara pelajaran agama ialah:
1. Ilmu Tauhid menggunakan kitab "Faridatul-Faraid fi Ilmil-Aqaid"Teks wajib
2. Ilmu Hakikkat menggunakan kitab "Kitab Soghir"
3. Fikah tiada teks wajib
4. Ilmu Al-Quran bersama tajwid.
5 Ilmu bacaan Berzanji bersama Qasidah menggunakan kitab "Al-Barzanji" teks wajib.

Pelajaran Seni Budaya ialah:
1. Wayang Kulit
2. Makyong
3. Pencak silat
4. Rebana Besar
5. Tarian Asyik

Akdemik Seni adalah dibawah pengurusan Tengku Temenggung (sebagai rektor), dilantik dikalang orang yang kuat beribadat. Menurut Abdullah, " Pada tiap-tiap kali selepas sembahyang magrib Tengku Temenggung berzikir dan berwirit sampai waktu Isyak. Bila tamat sembanhyang Isyak dan bacaan zikir dan wirit, baginda berkahak tiga kali signal bagi para pelajar bahawa bunyi-bunyian gamelan dapat dimulakan. Kalau menurut ujuran jam, kahak-kahaknya terjadi antara jam 8.30 dan 8.45 malam". 

Pada malam Jumaat diharamkan sama sekali membunyikan apa-apa bunyian. Cuti akdemik belaku pada bulan Ramadhan iaitu mulai malam Nisfu atau 15 Syaaban dan berlanjutan hingga malam 8 Syawal, lebih kurang 2 bulan.


Artikel 3 :
Diambil daripada http://senivisual2.blogspot.com/2009/09/seni-visual-pada-pandangan-islam.html  Artikel ini juga turut ditulis oleh En. Hassan Mohd Ghazali. 


Friday, September 4, 2009


Seni Visual pada pandangan Islam


Dalam perbincangan yang lepas saya telah melontarkan hukum melukis dalam Islam menurut pandangan Syekh Yusuf Qardhawi. Saya terus membaca beberapa buku yang berkaitan dengan seni atau kesenian dalam Islam (Seni Visual dalam Islam), Antara buku yang saya baca bertajuk 'Islamic art' Karya David Talbot, ' Aspek-aspek Kesenian Islam' oleh sahabat saya Dr. Ahmad Suhaimi Mohd Nor & Manja Mohd Ludin, 'Pandangan Islam Tentang Kesenian' oleh Dr. Sidi Ghazalba dan 'Falsafah Kesusasteraan dan Seni Halus' Oleh Syed Hussein Nasr.  Sebenarnya buku-buku ini pernah saya baca dulu, kali ini saya hanya merujuk beberapa fakta berkaitan seni visual dalam Islam.

Secara umumnya beberapa hukum fekah Islam tidak menyebut tentang kesenian. Malah banyak ulamak terdahulu tidak menyebut tentang kepentingan kesenian dalam Islam. Kerana dalam Islam tidak memerlukan seni dalam manifestasi kepada ibadah. Ringkasnya dalam ibadah tidak perlu ada lukisan, tarian atau muzik. Penghuraian tetang seni hanya tercetus apabila beberapa tokoh Islam melihat terdapatnya nilai-nilai keindahan dalam seni bina, tulisan khat dan arabes. Malah beberapa tokoh Islam pernah melemparkan polimik tentang 'Seni Islam atau Seni orang Islam?'......

Persoalannya apakah padangan Islam terhadap seni terutamanya Seni Visual seperti Catan, Arca, cetakan dan grafik?. 

Saya tertarik pandangan Sidi Ghazalba yang menyatakan bahawa Seni adalah bekaitan dengan kebudayaan, oleh itu perkaitan kebudayaan adalah kehidupan manusia, maka kebudayaan itu mencetuskan seni. Oleh yang demikian untuk dikaitkan dengan seni, Sidi menyatakan bahawa Kebudayaan Islam perlu disuburkan melalui cita rasa taqwa Taqwa ialah sikap hidup yang dibentuk melalui aqidah, ibadat dengan panduan dari Al Quran dan Hadis. Menurutnya lagi setiap perbuatan muslim perlu berpangkalkan kerana agama (kerana Allah), sementara kebudayaan adalah untuk sesama manusia.

Kenyataan di atas dipersetujui oleh Dr. Ahmad Suhaimi dalam buku Aspek-aspek Kesenian Islam yang mana mennyatakan Seni adalah sebahagian daripada unit yang terkandung dalam lingkungan budaya. Kewujudannya merupakan artifak-artifak fizikal yang menjelma di permukaaan benda-benda yang lembut dan pepejal menjelaskan dengan nyata tidak pernah menafikan kewujudannya dalam kegiatan umat. 

Jelas sekali bahawa kesenian dalam Islam ada hubungannya dengan kebudayaan, lantaran itu pelukis menghasilkan karya seni perlu merujuk kepada tujuan penghasilan iaitu pengabdian kepada pencipta (Allah) sebagaimana yang dinyatakan oleh Ernst Diez: " sebenarnya seni Islam atau Kesenian Islam adalah merupakan kesenian yang menambahkan pengabdian diri kepada Allah".

Riwayat Hadis Muslim, "Allah itu indah dan sukakan akan keindahan", merupa pengangan kuat kepada para seniman yang menyatakan bahawa Islam boleh berganjak untuk menghasilkan pengolahan karya seni, kerana karya-karya seni adalah melahirkan nilai indah. sebenarnya, keindahan yang dimaksudkan lebih kepada keindahan batiniah yang terkandung dalam jiwa manusia. Manakala keindahan itu adalah manifestasi kepada salah satu sifat-sifatNya (Allah), memiliki bermakna menghargai dan mencintai sifat-sifat Allah. Umapanya seperti dinyatakan oleh Al-Ghazali bahawa keindahan pada seni bina Islam adalah memancarkan keharmonian jiwa seniman itu sebagai lambang kemurnian akhlak dan ilmu terhadap Allah SWT.

Menurut S.H.Nasr, Kesenian Islam tidak pernah menjadi satu peringkat penyataan masalah atau pengalaman psikologi individu. Seseorang seniman Muslim, dengan Islamnya diri maka dengan menyerah kepada peraturan dan undang-undang Tuhan. Bagi fikiran muslim, seni memperingkatkan manusia akan Tuhannya.

S.H. Nasr mengemukakan bahawa seni Eropah dan seni Islam berlainan sama sekali. Seni Eropah yang berpaksikan daripada zaman Greek dan Yunani lebih berfokus kepada karya-karya figuratif dan 'imej bebayang'. Berbanding karya seni Islam tidak menampakan persoalan lebih mementingkan pengabdian kepada Allah dengan menonjolkan kaligrafi khat membicarakan ayat-ayat Allah, melukis arabes di masjid-masjid agar manusia beribadah akan merasa tenang.

Seperti diperjelaskan oleh Dr. Ismail Hamid, Seni dalam Islam menanamkan rasa khusyuk kerana Allah disamping memberi ketenangan di jiwa manusia sebagai makluk Allah yang diciptakan dengan fitrah yang gemar kepada kesenian, oleh itu seni dalam Islam tidak berslogan seni untuk seni, tetapi seni kerana Allah untuk manusia. 




TERIMA KASIH EN. HASSAN MOHD GHAZALI  : )




Penulis merupakan seorang Pensyarah Kanan di Fakulti Seni Komputeran dan Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim, Perak.


Monday, October 18, 2010

BungaJuga Seni???...

Bunga........
Macam-macam makna yang tersirat di sebalik Bunga.....
Sebagai lambang kasih, simpati, tanda persahabatan, dan sebagai saluran menyatakan perasaan tanpa mengungkapnya melalui kata-kata. Bunga bukanlah hanya untuk kekasih sahaja, tetapi ia juga sesuai untuk ibu tersayang, kakak, adik, guru, seseorang yang diminati dan juga sahabat. Melalui bunga itu kita mungkin akan dapat mengetahui apakah sebenarnya yang ingin dinyatakan oleh si pemberi bunga itu.....

Sedar atau tidak, bunga juga merupakan satu cabang seni. Ia di lihat sebagai seni melalui simbolik bunga itu,bilangan kuntuman dan warna bunga tersebut. Bunga berperanan sebagai penyampaian isi hati yang tidak dapat dinyatakan oleh perkataan atau sebagai satu wadah seni dalam menyampaikan sesuatu yang terbuku di jiwa tetapi segan untuk menzahirkannya dan melafazkannya melalui kata-kata.

Bahasa Bunga atau floriography merupakan alat komunikasi dengan berbagai jenis bunga untuk mengungkapkan perasaan atau menyampaikan pesanan secara rahsia.

Jadi, pernah dapat bunga tak?.... Apa agaknya makna di sebalik bunga yang kita dapat?..... Mmmm.... Meh kita tengok


Falsafah kuntuman Bunga 

Carnation
Sebagai daya penarik dan cinta. 


Lily
Simbol kelembutan, keagungan, kesetiaan dan ketulenan. 


Chrysanthemum
Simbol persahabatan, kasih sayang dan kepercayaan. 


Camelia
Pemanggil semangat cinta dan kebahagiaan yang berkekalan selamanya.


Iris
Yakin dengan perasaan yang dialami.


Jasmin
Simbol kekayaan.


Orkid
Semangat yang berkobar-kobar untuk menjalani kehidupan.


Matahari
Simbol keceriaan, perhatian dan kehormatan.


Tulip
Menggambarkan pemilikan cinta sejati dan tuah.


Ivy
Simbol kepercayaan.


Bilangan Kuntuman Bunga 
1 Rose = Cinta yang tertumpu kepada anda

2 Roses = Kedua-duanya sedang dilamun cinta

3 Roses = Saya cintakan kamu

6 Roses = Saya ingin jadi milik kamu

9 Roses = Menyayangi antara satu sama lain

11 Roses = Kamu adalah orang yang paling saya sayang dalam hidup saya

13 Roses = Secret Admire

Gambar Sekadar Hiasan


Warna Disebalik Bunga

Rose Merah
Simbol tradisional yang menunjukkan perasaan cinta yang membara dan romantik. Merupakan lambang kecantikan dan 'perfection'. Si pemberi sangat mencintai si penerima setulus hati dan ingin bersama selamanya. Juga sebagai lambang cinta yang utuh dan teguh serta tidak kenal erti kekangan. 


Rose Pink
Simbol kelembutan dan 'elegant'. Melambangkan penghargaan dan keriangan serta keremajaan. Juga membawa maksud bahawa si penerima merupakan insan yang menjadi idaman si pemberi selama ini.


Rose Kuning
Warna Rose ini merupakan simbol kehangatan, keriangan dan keceriaan. Melambangkan persahabatan yang utuh dan kegembiraan persahabatan itu. Juga menandakan perasaan cemburu si pemberi.


Rose Putih
Mewakili simbol simpati, kesederhanaan dan ketulusan hati. Secara tradisionalnya ia dikaitkan dengan permulaan sesuatu perhubungan atau perkahwinan. Memberi makna 'honour', 'amazement' dan 'arragement' yang menimbulkan suasana kenangan sepanjang zaman. Rasa cinta yang ada di dalam si pemberi juga adalah cinta murni dan sejati yang tulus suci sesuci ros putih itu. 


Rose Jingga
Simbol keinginan yang tinggi dan dikaitkan dengan rasa kasih yang fanatik. Menggambarkan 'desire' dan 'ethuasism' yang garang dan membara. Tidak kenal erti malu dan penuh dengan keyakinan dan kebanggaan.


Rose Lavender
Simbol keunikan dan memikat hati serta imaginasi. Juga merupakan simbol kesempurnaan kepada tarikan hati kerana warnanya yang agak fantastik.


Rose Biru 
Merupakan simbol keamanan, keterbukaan dan kedamaian. Lambang ketenangan dan perungkai kerisauan. 

Jadi, apakah maksud tersirat di sebalik bunga yang anda terima?......Fikir-fikirkannya.