BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

..... 。❤。❤。❤。❤。❤。❤。❤。 .....

.: TuAn RuMaH :.

My photo
Tetap utuh berdiri walau badai mendatang, segar dan teguh mempertahankan kesucian bak sekuntum nailofar yang mekar bekembang...^^
.:: "Wahai Anak Muda, Jika Engkau Tidak Sanggup Menahan Lelahnya Belajar, Engkau Harus Menanggung Pahitnya Kebodohan" -Pythagoras- ::.

Sunday, August 28, 2011

time kasih cekgu~



Alhamdulillah~ Praktikum dah abis dah. Baru semalam aku meninggalkan sekolah dan baru semalam jugaklah aku berpisah dengan pelajar-pelajarku. Hmmm...baru sehari tak jumpe deme, tapi aku dah ase rindu. Rindu dengan sikap deme yang kadang-kadang tu menguji kesabaranku. Rindu dengan gelagat manje deme, rindu dengan alasan-alasan dan ajukan deme kat aku. Rindu nak bagi deme keje sekolah, bio deme tak tido malam menyiapkan keje sekolah aku. hehehehe........ apa-apa pun itu sume dah pun berlalu & ia jadik kenangan yang manis dalam hidup aku. 


Puas. Sebab akhirnya aku berjaya menjadi guru (walaupun cekgu prektikum je..). Ini adalah permulaan langkahku dan aku harap aku akan kekal dalam profesion ini. Ini adalah bidang yang memang aku impikan sejak aku berada di Tingkatan 4. Camane aku boleh tepikir nak jadik cikgu? Camni citenye, masa aku form 4, aku asa kagum sangat dengan guru kelas aku, dia cikgu yang menarik, pandai tarik perhatian students, kreatif, tabah, bersemangat, cekal dan bertanggungjawab. Sejak itu, aku ase aku ingin jadik cekgu seperti dirinya malah ingin jadik lebih baik dari dirinya. Alhamdulillah~ ini adalah permulaan yang baik. Ya Allah, syukur kepada Mu. ^^ 


Pes time aku jejakkan kaki ke sekolah tu, perasaan aku membuak-buak, tak sabo asenye dan mencurahkan ilmu di dada tuk anak-anak di kampung tu. tak sabo-sabo nak masuk kelas tuk bekenalan dengan deme. Sonok sangat bila di beritahu yang aku boleh mengajo opsyen aku iaitu pengajian am tapi hanya untuk lower 6 je la. Tak kisahla lower 6 ke upper 6 ke, yang penting aku diberi peluang tuk mengaplikasikan dan berkongsi ilmu yang telah aku pelajari di unibesiti selama 3 tahun setengah. Pada awalnya, 3 4 minggu aku jadik cekgu praktikum, aku asa sedih, sebal, kecewa dan resah sebab hampir 90% daripada student aku seolah-olah tidak dapat menerima aku sebagai cekgu deme. Dari riak muka deme, aku dapat asakan yang deme kurang selesa dengan aku. Kata deme, aku ni garang sangat. Ada students siap mintak ditukokan cekgu lagi, kononya tak nak aku mengajo kelas dia. Aku garang sangat. Garang ker?..... 


Pengalaman yang paling tak dapat dilupekan bila ada pelajar yang dengan beraninya buat pengakuan yang dia tak sukakan aku dan dia stress bila bedepan dengan aku. Muyskil aku......Tegarnya seorang pelajar berrkata sebegitu di hadapan gurunya?....... Senakal-nakal aku masa sekolah dulu, walaupun ada di antara cikgu yang aku tak berminat nak masuk kelas dia, tapi seingat aku, aku tak pernah pun sehingga tahap begitu. Boleh la dikategorikan kurang ajar kan dengan cekgu. Mungkin inilah salah satu cabaran guru berdepan dengan budak-budak sekarang. Mungkin pandangan deme pada guru sekarang tak seperti dulu. Jika dulu, guru adalah insan yang paling disayangi, dihormati, dikasihi dan ditaati. Jangankan nak bersikap kurang ajar ngn cekgu, nak menjeling cikgu pun tak berani. Tapi budak-budak sekarang, langgar cekgu pun deme dah berani. Jika dulu, pelajar-pelajar akan memberi salam dan tunduk hormat bila berselisih dengan cikgu, tapi skang ni, cikgu yang kene hormat pelajar. MasyaAllah........


Kenangan dengan deme sume memang tak dapat dilupekan. Terngiang-ngiang kata-kata usikan dan ajukan deme kat aku. "Haip haip haip haipppp.."  "keje sekolah yang saya bagi tu memang tuk awak simpankan je"  "heyyy...nak kene ke?"  "Eh, jangan cakap, tengok sini!.."  "Ha, melawan melawan melawan!!.." Hahahaha.......sabo je la, heran aku kat deme ni, ade je bende deme nak mengajuk aku. Kadang-kadang, aku tak payah cakap dah, sebab bila aku baru je nak bukak mulut, dah ada dah budak yang dah tolong cakapkan, dalam erti kata lain, deme ni memang suke mengajuk-ajuk aku la. 


"Cekgu, nape cekgu pakai kasut besar?" 
"Eyeshadow cekgu cantek lah, sesuai sangat dengan baju yang cekgu pakai, saya suke la tengok eyeshadow cekgu tu." 
"Cekgu, kalo jadik cekgu memang kene pakai kasut tumit tinggi ker?"
"Cekgu, no fon cekgu bape?"
"Cekgu, pandaila cekgu mekap, belajo kat mane?"
"Cekgu, saya nak spiker cikgu."
"Cekgu, saya pun nak headfon bintang cikgu tu"
"Cekgu, nak tengok jam cekgu boleh?" 
dan macam-macam lagi soalan deme kat aku. Aku ase mebi sebab pes impression deme kat aku, negatif kan, so, mebi deme peratikan aku sebab nak carik kekurangan atau kelemahan aku. Tapi secara tak langsung, dalam deme carik-carik kelemahan aku, secara deme tak sedo, timbul rasa sayang dan suke kat aku, hinggakan deme lupe yang pada awalnya deme senanye tak boleh nak trime aku sebagai cekgu deme. Tapi lama-kelamaan perasaan tak suke tu bertukar kepada suka dan sayang kan aku. Alhamdulillah~ Syukur kepada Tuhan keran melembutkan ati pelajar-pelajar aku tuk menerima aku sebagai cikgu deme dengan ati yang terbuka. :-)


"mula-mula cikgu masuk kelas saya, saya dah tak suke cikgu, sebab saya tengok cikgu kerek la, pastu garang, itu tak boleh ini tak boleh, lagi satu saya tengok gaya cikgu melangkah masuk kelas saya cukup ego sekali, sebab tu mula-mula saya tengok cekgu, saya dah tak suke. Tapi, lama-lama belajar ngan cikgu, saya jadik suke dan saya pun tak sedar bila perasaan tu bertukar. Yang saya tau sekarang ni, saya sukakan cikgu, cikgu stay la sini ye.."


"Saya takut dengan cikgu sebab cikgu nampak garang dan tegas. Saya tak tau pun cikgu ni cikgu prektikum, saya ingat cikgu ni cikgu baru posting, dalam ati saya kata, boleh tahan gak cikgu ni, baru posting tapi garang boleh tahan. Lama-lama baru saya dapat tau yang cikgu ni cikgu prektikum jer.." 


"Cikgu, saya asa kan, cikgu dah bejaya sebab cikgu mampu buat saya rindukan cikgu nanti bila cikgu dah tak ajar kat sini. Saya ase kawan-kawan lain pun sama gak. Tenti kami sume akan rindukan cikgu nanti. Cikgu jangan lupa kan kami taw. Mula-mula dulu memang saya tak suka cikgu, tapi lama-lama saya asa cikgu ok jer. Cikgu, Time kasih ye." 


"Cikgu, cikgu jangan lupekan kami ye, kamu sume sayangkan cikgu. Terima kasih cikgu ajar kami dengan kawan-kawan"


"Cikgu, saya mintak maaf sebabnya saya tau saya banyak salah ngan cikgu, banyak kata cikgu, saya banyak salah ngan cikgu, cikgu maafkan saya ye. Sekarang ni, saya ase saya sukakan cikgu. Terima kasih cikgu sebab ajar saya"


Hmmmm.....ikutkan ati cikgu, cikgu nak ajar awak sume sampai tahun depan. Cikgu nak tunggu sampai awak sume amik STPM. Cekgu nak tengok dengan mata cikgu sendiri hasil didikan cikgu sepenuhnya. Cekgu nak tengok kejayaan awak sume. Cekgu nak ada sama masa awak berjaya tu. Cekgu nak awak semua dapat jejakkan kaki awak ke unibesiti dan teruskan cita-cita awak sume. Cikgu pun sayangkan awak semua. Tak mungkin cikgu lupekan awak. Cekgu gembira dan puas, akhirnya awak dapat time cikgu sebagai cikgu awak dengan gembira. Cekgu bersyuko sangat, jauh di sudut ati cekgu, cekgu terharu, terharu dengan awak semua. Akhirnya awak dapat berfikir tentang apa yang cikgu buat tuk awak semua. Cekgu tak buat untuk kebaikan dan kepentingan diri cekgu, sebaliknya semuanya adalah untuk awak semua. Walaupun ada dalam kalangan awak yang tak sukekan cikgu, tapi cikgu tetap sukakan awak semua dan sayangkan awak semua. Cekgu harap cekgu akan jumpa awak lagi dan cikgu nak masa cikgu jumpa awak tu nanti, awak sume dah berjaya, sekurang-kurangnya berjaya bergelar mahasiswa dan mahasiswi yang mampu mencorak masa depan negara. 

Wednesday, August 17, 2011

Today is my befday. yeayy~

petama sekali nk gitau pada kome yang aku gembira dan sedikit terharu bila sebaik abih je klas, student2 aku wish reramai "Selamat Hari Jadi Cikgu"........ hihihihi... Hepy tapi agak sedikit pelik la sebab aku tak jangka pun deme akan wish reramai, aku jangka mebi akan ada beberapa orang student aku yang wish TAPI tak la sampai satu kelas...... Sib bek aku sihat alhamdulillah, kalo ade sakit jantung, kan naya...huhuhu...papepun tenkiu 6B1, nak tulih name deme la, time kasih buat Anas, Fatin, Athierah, Suhana, Syadzrul, Fikril, Husairi, Fahmi, Akmal, Siang, Hanis, Zafirah, Hafizah, Nadiah, Wahida, Hasmira dan Saidatul....Faraheyah xde, dia memang, jarang datang kelas tambahan aku, ade je alasannya, mebi dia memang betul2 ada komitmen lain, x pela, ajo jela mana yang sudi...kan.... :)


kedua, hepy sebab bile bukak je fb, kwn aku bg ni kat aku. Ha...kalo nk dengo lagunye n nak paparan lebi besar, klik la link ni....best gak.... hehehe... 
http://sanahhelwah.tumblr.com/post/9001056523/17-august-2011-17-ramadhan-sungguh-menarik-hari
17 august 2011
17 ramadhan
Sungguh menarik hari lahirmu tahun ini bersamaan dengn hari turunnya Kitab Suci Al-quran
Semoga diberikan kegembiraan berpanjangan
Terima kasih pada Allah saya dipertemukan dengan  sis walaupun sekejap cuma tapi mampu meninggalkan cebisan kenangan buat saya..
^_____*
tenkiu bebanyak kat insan yang sudi create benda alah ni... suke3 :)


ketiga, sedey...sebab? sebab kredit xde, so x bleh gune penggilan pecuma, dah tepon gigie dah, mintak tlg dia topup, tupun kalo dia ingat.... susahnye nk carik topup kat cni...adehhhhh... 
sedey lagi..sebab? memang la post yang sebelum ni aku dah cakap yang aku dah x nak menaruh harapan pada yang ditunggu dinanti dan dirindu tu, tapi, arini kan bezday aku, sekurang2nye dia wish la, by fon ke, by pm ke by wall fb ke, ni x......langsung x wish... menci la dia tu :(


papepun, tenkiu pada my mom, jika beliau tidak melahirkan saya, tiadalah saya di cni...muah3 mak :)

Wednesday, August 10, 2011

FIKIRKAN BOLEH...





FIKIRKAN BOLEH


Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu


Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan 
Kau hampiri kejayaan


Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Terfikir boleh melakukan
Fikirkan boleh


Percaya apa kau lakukan
tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh
Kau Boleh!!


Manusia.....sukar difahami...

Hari ni adalah hari ke-10 Ramadhan tapi hari ni adalah hari kedua aku pose.... Sebelum ni? sebelum ni ABC la. ABC tu ape? ABC tu maknenye Allah Beri Cuti...hihihihi... :)


12 hari je lagi baki yang tinggal tuk aku abiskan hari-hari bekerja tanpa gaji. Jadi, sempena tamat latihan, cewah~ tamat latihan, tak tahan.... hahaha... Sebelum berundur diri dari sekolah ni, aku mencadangkan kepada guru pembimbing aku bahawa aku dan kak dahlia nak buat satu projek. Projek nye adelah Projek Bendera Gergasi.....hahaha.... Jadik, setelah berbincang dengan guru pemibimbing, dia kata dia ok tapi dia minta kami bedua mengajak dua orang lagi guru pelatih menjoinkan diri. Dan guru pelatih tu pun kebetulan adalah satu unibesiti ngan kami. Okey. 


Pada awalnya, plening kami nak buat bendera gergasi sepanjang ukur lilit bangunan tingakatan 6 yang memerlukan lebih kurang 60 meter kain putih. Then, kami beramai-ramai akan cop tangan kami kat atas kain tu then tinggalkan tanda tangan. Kreatif la sikit kan...hihihi.... Sonok tau men-men kale tu, tingat masa sekolah rendah...hehe..Tapi disebabkan cara camtu katenye menyalahi protokol, lagipun kos kalo nak guna dai agak tinggi dan mahe, kalo guna plaka je nanti dia ilang plak wanenye kan...ala...tak santek la!!.. jadik kami ubah plan. Opppss....nanti dulu, akhirnya kain yang dibeli adalah 26 meter bersamaan satu kayu...Fuhh!!!... Bleh tahan gak la panjangnya, tapi takdele panjang sangat...hihihihi...


Plan kami yang kedua, masih lagi meneruskan bendera gergasi tu cuma diubah sikit. Bincang punya bincang, kami decide la nak guna kain merah, then potong-potong, then amik kain biru potong-potong, then amik kain kuning potong-potong, then jahitkan dia ke atas kain putih. Okey, aku setuju. Tapi, bila masa kejadian, boleh plak cikgu pelatih membantah........ cok cek sane, cok cek sini, tak pueh ati sane, tak pueh ati sini, sampe la budak-budak pun jadik negatif. Padahal, pada awalnya budak-budak sume ok, tapi tetibe je bebudak pun cam dah jadik negatif (tak sume la, ada beberapa orang je, yang selebihnya ok jerr).. Arahan yang diberi, deme tak nak ikut n buat ikut sukati deme je....maka jadilah ia bendera sukati...hehehe...


Esoknya, aku pun bagi le bendera tu (tak siap lagi pun, baru satu jalur je) kat mastermind. Diskas-diskas, pikir-pikir, congak-congak, maka mastermind pulak yang memberi idea, katenye nak ubah plan lagi. Okey, bertindak mengikut arahan. aku setuju.


Plan yang ketiga plak, masih setia dengan bendera gergasi dan masih menggunakan kain putih yang 26 meter tu, cumanya kami dah tak perlukan kain merah, kain biru dan kain kuning dan jugak jarum jarum nak jahit bagai tu, dah tak diperlukan lagi. Ha...... abih tu cane nak buat bendera nya?.... Camni, guna kaedah mencantin batik..... caranya, cantin kan aje kat atas kain putih, then titik titikkan kale wane merah, dot dot dot, pehtu kale kuning, pehtu kaler biru, pehtu kaler merah..... Ha, kan dah jadik bendera... Ala... senanag je pun... kata mastermind. Okey, aku setuju. 


Kejap tuko camtu, kejap tuko camni... Hmmm... budak-budak pun muyskil, aku lagi la.....No Idea.....?????... Budak-budak pun jadik cam dah kurang semangat. Cikgu cikgu..... Aku pun tak paham, tak paham dengan sikap cikgu yang banyak negatif dalam pale tu. Entah cane la dia nak teruskan jadik cikgu, kalo dalam diri dia sendiri terdapat 1001 alasan... "ish, tak mungkin bendera ni siap" "susah la nak jahit jahit kia, jahit sukat je la" "masa dah suntuk, tak payah bua la" "tak dapat datang la tetiap petang, mana ada masa" "tak larat la, kan puasa"......argghhhh.....banyaknye alasan... Tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk...





Tapi, bile dipikir-pikirkan balik, kesian la plak kan kat budak-budak nak kene berpaneh sume semata-mata nak menyiapkan bendera tu.... Ish3x.... kesian pelajar-pelajar aku.... takpelah, kita tengok je esok cane kan, adakah budak-budak ok? cikgu cikgu pelatih yang len cane? nak mengomel lagi ke? Aku? aku cam base la, dah semestinya sentase BERSETUJU dan BERSEMANGAT......hehehe...


Moral : jangan terlalu membantah tentang sesuatu perkara dan cubalah bersemangat n sentiasa ikhlas dalam melakukan apa jua perkara. Akibat banyak sangat negatif yang dipikirkan, apoh pun tak jadik. Ingat, Kalo kita pikir tak boleh, memang dia akan jadik tak boleh, so, jom jom, kita kene sentiasa pikir KITA BOLEH, insyaAllah, kita akan boleh dan berjaya dengan setiap plening yang kita dah plan. Akibat banyak membantah, tengok la, sumenye jadik sia2..... 
(semoga esok tak sia-sia, dan aku akan manfaatkan masa yang ada, aku tetap nak siapkan bendera gergasi tu, harap-harap aku mampu menyiapkan nya dan semoga tuhan melembutkan hati-hati mereka untuk bersama-sama membantu aku. Odebest tuk diri sendiri.....Chaiyok chaiyok...)