BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

..... 。❤。❤。❤。❤。❤。❤。❤。 .....

.: TuAn RuMaH :.

My photo
Tetap utuh berdiri walau badai mendatang, segar dan teguh mempertahankan kesucian bak sekuntum nailofar yang mekar bekembang...^^
.:: "Wahai Anak Muda, Jika Engkau Tidak Sanggup Menahan Lelahnya Belajar, Engkau Harus Menanggung Pahitnya Kebodohan" -Pythagoras- ::.

Friday, October 15, 2010

Seni Ukir : LaBu SaYonG


Kraftangan yang cantik dan unik....
Labu Sayong merupakan sejenis kraftangan tembikar yang berasal daripada Sayong, Kuala Kangsar, Perak. Tetapi kini, bengkel perusahaan Labu Sayong berada di sekitar Sayong dan Padang Rengas, Kuala Kangsar. Pasarannya kini telah meluas di sekitar negeri Perak dan terdapat juga di kedai-kedai kraftangan di ibu negara yang menjadi tumpuan pelancong dari luar negara.


Pembuatannya melibatkan sumber bahan mentah iaitu sejenis tanah liat khas yang terdapat di kawasan asalnya itu. Kebiasaannya ia berwarna hitam dan coklat dan dijadikan sebagai bekas menyimpan air. Warisan turun temurun ini sememangnya unik dan cantik, malah ia membuatkan kraftangan tembikar ini mendapat tempat di hati masyarakat kini yang mementingkan nilai-nilai tradisional.

Produk seramik ini kini telah di modenkan dan dijadikan sebagai cenderahati, barangan hiasan, lampu hiasan dan sebagainya.

Labu Sayong dijadikan cenderahati.





Labu Sayong dijadikan sebagai Perhiasan




Labu Sayong Sebagai Hiasan Laman 
      




Labu Sayong sebagai Bunga Telur

Labu Sayong sebagai Lampu


Friday, October 1, 2010

~Belajarlah Dari Alam~

  • Belajarlah dari MATAHARI
Adil menebar cahaya dan memberikan kehangatan kepada  semua, baik yang terawang-awang di angkasa mahupun yang bertebaran di atas muka bumi,kepada yang miskin mahupun yang kaya,yang mulai hatinya juga buat si kejam….kepada semua mahkluk ciptaan Ilahi.
  • Belajarlah dari BUNGA
Sentiasa tersenyum menyebarkan harumannya, menghadiahkan kecantikan untuk mengubati hati yang gundah,juga menggembirakan setiap mata yang memandang.
  • Belajarlah dari LEBAH
Sentiasa berganding bahu,bekerja dengan hati yang  riang dan semangat yang membara
  • Belajarlah dari POKOK
menghadiahkan buah yang manis dan segar sambil menundukkkan dahannya.
  • Belajarlah dari BULAN
Tenang memancarkan cahayanya yang kemilau dan indah buat menyuluh malam yang gelap
  • Belajarlah dari SUNGAI
Tabah bergerak menuju ke destinasi dengan meredah apa saja halangan sampai ke muaranya,airnya lembut dan tenang tapi tiada suatu  pun mampu menghalang kemaraannya.
  • Belajarlah dari DAUN YANG LURUH
Sabar ketika menghadapi kesukaran,sentiasa tersenyum menunggu hari yang baik dan sesuai untuk tumbuh kembali 
  • Belajarlah  dari HUJAN
    Kehadirannya dinanti-nantikan buat menyejuk alam yang hangat,membasahi kekeringan,menghijaukan tanah yang gersang dan memberi nyawa kepada tumbuh-tumbuhan.
    fikir-fikirkanlah...^^

    Friday, August 13, 2010

    Bicara Perkenalan

    Assalamualaikum & Salam Sejahtera......
    Salam ukhwah buat semua teman seperjuangan..

     "Jika Kita Tidak Dapat Menjadi Pohon Yang Rendang,
     Cukuplah Sekadar Menjadi Rumput Yang Menutupi Bumi.."