BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

..... 。❤。❤。❤。❤。❤。❤。❤。 .....

.: TuAn RuMaH :.

My photo
Tetap utuh berdiri walau badai mendatang, segar dan teguh mempertahankan kesucian bak sekuntum nailofar yang mekar bekembang...^^
.:: "Wahai Anak Muda, Jika Engkau Tidak Sanggup Menahan Lelahnya Belajar, Engkau Harus Menanggung Pahitnya Kebodohan" -Pythagoras- ::.

Saturday, June 18, 2011

oh Dunia Baruku!!...


Dua puluh hari aku berada di dunia baruku, dunia pendidikan, 
ke sekolah menghadap karenah pelajar yang pelbagai ragam, 
di tambah pula dengan pe'el cikgu-cikgu yang bermacam-macam.. 
oh, begini lah realiti dunia pendidikan sekarang....... 

Bukan mengeluh, bukan gibap, jauh sekali menyesal... 
tapi aku sebal..
Sebal melihat keadaan dunia baruku... 


Aku di dunia baruku..
Melihat murid-murid yang langsung tidak mengetahui, memahami dan cuba mengerti
nilai menghormati, nilai menghargai, nilai pengorbanan? tidak pernah terlintas agaknya di pikiran mereka..
bukan semua, tapi hampir 70% daripada mereka adalah begitu... 

Tidak menyalahkan murid-murid, 
dan tidak juga membenci mereka, 
bagi aku, mereka hanya budak-budak
yang belum mampu berfikir secara matang..
Bagi mereka, hanya keseronokan sahaja yang mereka mahukan
Ilmu? tuk ape? masa depan? ape tu?..

Mereka sendiri kabur tentang matlamat mereka ke sekolah
Mereka muyskil dengan tujuan mereka ke sekolah
Mereka tidak dapat mengagak rasional ibu bapa mereka menyekolahkan mereka...
Mereka tertanya-tanya.....

Guru-guru.....
Berusaha untuk naik pangkat, naik gred, naik gaji...
Guru-guru.....
Sebok mendedahkan kelemahan
Merwar-warkan masalah
Mempengaruhi guru-guru lain...
Guru-guru...
Gembira kerena mereka sudah menjadi cikgu
Oh, Dunia baruku...

Namun, aku bersyukur alhamdulillah...   
kelas-kelas yang diamanahkan kepadaku 
majoriti mereka mampu di kawal 
dan tahu nilai-nilai seorang pelajar

tapi.....
Agak sukar untuk aku mengawal emosi aku
Sukar untuk menahan amarahku
Sukar untuk mengawal suasana
Apabila berada di 6B2... 
Streesssss!!!!... 

Aku tetap berusaha sedaya aku
memahamkan mereka
menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka
menegaskan tentang masa depan mereka
Tapi mereka seolah-olah menjadi ais batu bila berhadapan denganku
Tidak memberi respon...
fahamkah? Gembirakah? Tertekankah? bencikah?
Hanya mereka sahaja yang tahu...

Tak mungkin aku biarkan mereka membeku di situ..
Tak mungkin juga aku hanya menunggu mereka 'cair' sendiri
Mahu atau tidak, aku perlu memecahkan ais itu,
Walaupun tangan kebas,walau mereka akan sakit,
Aku tetap akan 'memecahkan' ais itu....

Jika tidak, 
aku hanyalah seorang cikgu 
yang bermata tetapi hakikatnya buta....
yang punya telinga tapi hakikatnya pekak...  
yang punya jiwa tapi tidak punya rasa... 
yang mengajar tetapi tidak mendidik....

pelajar-pelajarku di dunia baruku...
ketahuilah niatku suci...
didikanku ikhlas...
amarahku tuk membetulkanmu...
garangku tuk menyedarkanmu...
ajaranku demi mencorak masa depanmu....
pintaku hanya satu...
semoga kalian semua berjaya
berjaya menjadi insan yang mampu memberi manfaat kepada insan lain satu hari nanti.....
Ketahuilah bahawa kalian juga akan turut melangkah ke dunia baru
Dunia realiti.....